Johor Bahru merupakan destinasi yang amat diminati oleh pelancong terutama pada musim cuti persekolahan. Pelbagai tempat mahupun kedai yang boleh dikunjungi bagi memenuhi masa lapang ketika sedang bercuti. Selain itu, anda juga boleh memenuhi masa yang ada bersama keluarga dengan bersantai di kawasan yang amat menarik di Johor Bahru terutama pada waktu malam.
Disini tersenarai tiga laman santai yang menarik di Johor Bahru dan mampu membuatkan anda teruja dalam menikmati keunikan mercu tanda bagi negeri Johor.
Jika anda mencari private taxi to jb atau taxi to sg , anda boleh menghubungi kami untuk perjalanan anda dari singapore to jb/singapore to johor/johor bahru to singapore.
Laman Serene
Laman Serene menjadi satu lagi ikon baharu pelancongan di Johor. Laman ini berkonsepkan arca bulan bintang, menara dan dataran yang dibina di hadapan Istana Bukit Serene. Setiap reka bentuk di laman ini dibina dengan maksud yang tersendiri dalam melambangkan keagungan negeri Johor.
Arca bulan dan bintang dengan ketinggian 12 meter diinspirasikan daripada bulan bintang yang terdapat dalam bendera negeri Johor. Konsep menara pula hasil adaptasi daripada Menara Istana Bukit Serene, manakala konsep reka bentuk Dataran merupakan bintang lima sebagaimana terdapat pada bendera negeri Johor. Laman Serene ini juga telah dijadikan tempat bersantai bersama ahli keluarga dalam menikmati keindahan suasana di Johor Bahru pada waktu malam.
(www.sg2jb.com)
Laman Mahkota
Laman Mahkota merupakan satu lagi mercu tanda Diraja Johor, yang terletak di hadapan pagar utama Istana Bukit Serene. Laman ini menjadi tarikan utama rakyat dan para pengunjung yang berkunjung ke bandar raya ini.
Komponen utama yang menjadi tarikan adalah replika mahkota kebanggaan Johor seberat 2,800 kilogram yang diletakkan pada ketinggian 20.9 meter. Selain itu, mahkota tersebut juga dikatakan disaluti dengan 3,063 kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu mengikut 17 jenis saiz berbeza bagi menjadikan struktur tersebut unik dan menarik perhatian.
Selain mempunyai keunikan tersendiri, landskap yang cantic dan direka khas di situ juga berjaya menarik perhatian pengunjung. Laman Mahkota ini agak terkenal kerana menjadi tempat beristirahat sambil meluangkan masa bersama keluarga terutama pada hujung minggu. (www.sg2jb.com)
“Water Fountain”
Water Fountain yang terletak di antara laman serene dan laman mahkota adalah merupakan kawasan yang amat diminati pengunjung. Kawasan ini amat menarik terutama pada waktu malam kerana mempunyai pencahayaan lampu yang berwarna warni diikuti pancutan air yang kedengaran tenang.
Kawasan ini amat meriah terutama pada hujung minggu kerana pengunjung gemar membawa anak- anak ke kawasan ini untuk memberi peluang mereka bermain bebas di sekitar kawasan ini. Selain itu, terdapat pelbagai jenis permainan yang dijual di kawasan ini oleh peniaga kecil seperti belon, pistol berlampu dan sebagainya. Kesemuanya dijual dengan harga yang mampu milik dan menjadi daya tarikan untuk kanak – kanak. Pastinya kawasan ini menjadi tempat yang digemari semua lapisan masyarakat untuk bersantai dan menghabiskan masa bersama keluarga ataupun sahabat handai.
(www.sg2jb.com)
Ketiga – tiga laman yang disenaraikan merupakan kawasan yang agak menarik di Johor Bahru terutama pada waktu malam dan hujung minggu. Namun begitu, pengunjung juga dinasihatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan ketika berkunjung ke laman tersebut. (www.sg2jb.com)
Jika anda mencari private taxi to jb atau taxi to sg , anda boleh menghubungi kami untuk perjalanan anda dari singapore to jb/singapore to johor/johor bahru to singapore.
SG2JB (Perkhidmatan Teksi Persendirian)
Kami menyediakan Taxi antara Johor dan Singapore. Kami boleh mengambil anda dari mana-mana tempat di Singapura dan boleh menghantar ke mana-mana tempat di Johor termasuk bandar Johor Bahru, Legoland, JPO, The Little Big Club, Kukup, Desaru, Mersing dan sebagainya. (www.sg2jb.com)
SG2JB menyediakan beberapa jenis MPV 7 tempat duduk yang selesa dan boleh dipilih dengan harga serendah SGD 100 bergantung pada destinasi anda. Sebagai contoh, anda memilih Toyota Innova dan ingin johor bahru to singapore, harganya hanya SGD 100.00 untuk satu kereta sehala. Jika anda ingin dua hala dan kembali semula ke Singapore, harganya hanya SGD 200.00. Murah dan selesa itu keutamaan kami. SG2JB sedang buat promosi, tempah sekarang dan dapatkan harga SGD 90.00! (www.sg2jb.com)
The Vortex BioShield® EMF Blocker range offers you the chance to use effec-tive cell phone cases that work to reduce the effects of EMF radiation.
That is a really good tip particularly to those fresh to the blogosphere. Simple but very accurate informationÖ Thank you for sharing this one. A must read article!
This is a great tip particularly to those fresh to the blogosphere. Brief but very accurate informationÖ Appreciate your sharing this one. A must read post!
she was crying 🙂
Appreciate you sharing, great blog post.Thanks Again. Will read on…
I used to be able to find good info from your blog posts.
kiralık bahis sitesi hakkında tüm detayları bağlantımızı kiralık bahis sitesi sitemizden bulabilirsiniz
This is a very good tip particularly to those new to the blogosphere. Short but very accurate informationÖ Appreciate your sharing this one. A must read article!
Hi, I do believe this is a great web site. I stumbledupon it 😉 I am going to revisit yet again since i have saved as a favorite it. Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to help others.
Thanks a lot for the article post. Really Great.
I’m in shock after shock, we don’t know what’s going on ??
A lot of information important to me. Thanks and I encourage you to keep writing and confusing more articles.
Hesabima Takipçi yagiyordu 🙂
Takipçiler türk bilginize??
An outstanding share! I have just forwarded this onto a co-worker who was conducting a little homework on this. And he actually bought me dinner due to the fact that I stumbled upon it for him… lol. So allow me to reword this…. Thank YOU for the meal!! But yeah, thanx for spending time to talk about this matter here on your internet site.
nasil ya nasill
Eski sevgilimi görmek biraz sey sanki ??